Showing posts with label Zaquan Adha. Show all posts
Showing posts with label Zaquan Adha. Show all posts

Thursday, June 12, 2014

Luahan Rasa Ayu Raudhah :(

Menyedari rumah tangganya menjadi perhatian masyarakat berikutan khabar angin suaminya yang dikatakan berlaku curang, Ayu Raudhah menerusi akaun Instagramnya tampil meluahkan isi hati sekali gus teguh berdiri di belakang suami tercinta.
"Alhamdulillah i sentiasa bersyukur bersuamikan Mohamad Zaquan Adha.. no matter wut people said! i percaya apa Allah berikan adalah yg terbaik utk kita sama ada dugaan atau nikmat kebahagian.. dn semoga allah memberi kita kekuat menghadapi segala dugaanNya dan bersyukur dgn segala nikmat ke bahagiaan yg Allah s.w.t berikan.Amin ya robbala'lamin."

Dalam pada itu, rata-rata pengikut Ayu memberikan kata-kata semangat dan mengharapkan agar pasangan ini dapat berdepan ujian yang berlaku dengan tabah.

Monday, June 9, 2014

HOT ! Ayu Raudhah Tampil Beri Komen Kes Zaquan Adha



Ayu Raudhah kini tampil memberikan komen dan penjelasan sebenar disebalik kontroversi WeChat suaminya. (BACA DISINI )

Memang jawapan Ayu amat dinantikan tentang kontroversi yang sedang melanda suaminya, Zaquan Adha ketika ini.

Hari ini, Ayu Raudhah tampil memberikan penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik insiden WeChat suaminya itu.

Ini jawapan Ayu Raudhah:
“Sebenarnya saya dah terima foto screenshot itu semalam daripada wanita bernama Miranda Kerr. Dia kata kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya”

“So, dia rasa bertanggungjawab nak bagitahu saya.Tapi saya terkejut bila hari ini semua media pula tahu hal ini. Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah, Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dan saya pun tahu akaun WeChat Zaquan”

“Saya pun tak tahulah siapa yang buat semua ini. Tetapi, yang pasti perkara ini sedikit sebanyak beri kesan kepada rumahtangga saya. Mungkin saya akan ambil tindakan lanjut selepas ini”

Ayu Raudhah juga tidak menolak kemungkinan ada orang yang cuba melaga-lagakan hubungan dan rumahtangga mereka berdua.


Semoga pasangan ini tabah menghadapi dugaan. [sumber:OhBulan]

Zaquan Adha Bermain Cinta Dengan Penyokong JDT Di WeChat?




Teknologi kalau digunakan dengan betul banyak faedahnya — contohnya laman web kami yang serba canggih ini, menjadi penyebar kisah selebriti untuk umpatan anda semua. AHAHAHA!


Seorang peminat mengirimkan sepucuk e-mail kepada kami hujung minggu lalu mendedahkan perilaku seorang pemain bola sepak terkenal yang juga merupakan suami kepada seorang artis atau selebriti yang agak terkenal juga.


Melalui susur masa Moments di WeChat, seorang gadis yang tidak dikenali namanya telah tanpa segan silu memuat naik beberapa keping screenshot yang menunjukkan dirinya sedang bersembang dengan Zaquan Adha.


Menurut sumber yang memaklumkan, gadis tersebut merupakan salah seorang gadis sorak atau penyeri (mascot? cheerleader?) untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT).


Tidak pasti sejauh mana hubungan gadis ini dengan Zaquan Adha namun boleh dilihat walaupun sudah bergelar suami, lelaki tetap menjadi lelaki. Heh. | 
 Roti Kaya

PING

.