Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts
Sunday, April 26, 2015
Pengakuan berani mati !!! Nur Fathia dedah punca sebenar putus cinta
Sebelum ini, hubungan cinta antara Nur Fathia dan juga Aiman Hakim pernah terputus di tengah jalan dan melalui Harian Metro hari ini, Fathia mengakui sikap cepat merajuknya antara punca hubungan mereka terhenti sementara.
“Memang kami pernah putus Februari lalu, tetapi akhirnya hubungan itu bertaut semula baru-baru ini. Maklumlah, saya ini memang jenis kuat merajuk dan kalau bergaduh tu mesti minta dipujuk. Mungkin dulu kami sama-sama sibuk dengan karier seni dan jarang berjumpa”
“Tetapi sekarang kami berusaha meluangkan lebih banyak masa bersama serta hubungan juga semakin baik,” katanya yang turut berharap agar hubungan cinta mereka itu mampu membawa kepada langkah seterusnya iaitu perkahwinan.
Sementara itu, Fathia menjelaskan hubungan mereka diresuti kedua ibu bapa namun tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkahwinan kerana sebagai seorang wanita Melayu yang kaya dan adat budaya Timur, tidak manis bagi pihaknya bercerita lebih. Okay.
“Apa pun, soal jodoh ini ketentuan Tuhan. Insya-Allah saya tidak akan merahsiakan hari bersejarah kami daripada media dan peminat, apabila tiba masanya,” jelas Fathia - Rotikaya.
Friday, June 20, 2014
KEKASIH BERTATO MASUK ISLAM - TASHA SHILLA NIKAH 2015
Kekasih bertato Tasha Shilla, 27, iaitu Han Chen Wong, 24, yang aktif dalam sukan Muay Thai sudah bersedia memeluk Islam. Hal ini diluahkan sendiri oleh Tasha dan mereka merancang untuk bernikah pada 2015.
"Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memiliki saya, tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.
"Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga," ujar Tasha yang baharu sahaja pulang dari Sydney, Australia beberapa hari lalu.
"Selama ini dia tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum kami berkenalan lagi.
"Saya bersyukur kerana keluarganya benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam," ujarnya dipetik sebagai berkata.
"Dia (Han) juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar kami berdua hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam.
"Sebagai anak sulung daripada tiga beradik, dia akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila kami berkahwin nanti," tambahnya yang turut menyatakan bahawa keluarganya sudah bertemu dengan Han dan merestui hubungan berkenaan. MYARTIS
"Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memiliki saya, tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.
"Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga," ujar Tasha yang baharu sahaja pulang dari Sydney, Australia beberapa hari lalu.
"Selama ini dia tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum kami berkenalan lagi.
"Saya bersyukur kerana keluarganya benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam," ujarnya dipetik sebagai berkata.
"Dia (Han) juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar kami berdua hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam.
"Sebagai anak sulung daripada tiga beradik, dia akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila kami berkahwin nanti," tambahnya yang turut menyatakan bahawa keluarganya sudah bertemu dengan Han dan merestui hubungan berkenaan. MYARTIS
Monday, June 16, 2014
Monday, June 9, 2014
HOT ! Ayu Raudhah Tampil Beri Komen Kes Zaquan Adha
Ayu Raudhah kini tampil memberikan komen dan penjelasan sebenar disebalik kontroversi WeChat suaminya. (BACA DISINI )
Memang jawapan Ayu amat dinantikan tentang kontroversi yang sedang melanda suaminya, Zaquan Adha ketika ini.
Hari ini, Ayu Raudhah tampil memberikan penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik insiden WeChat suaminya itu.
Ini jawapan Ayu Raudhah:
“Sebenarnya saya dah terima foto screenshot itu semalam daripada wanita bernama Miranda Kerr. Dia kata kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya”
“So, dia rasa bertanggungjawab nak bagitahu saya.Tapi saya terkejut bila hari ini semua media pula tahu hal ini. Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah, Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dan saya pun tahu akaun WeChat Zaquan”
“Saya pun tak tahulah siapa yang buat semua ini. Tetapi, yang pasti perkara ini sedikit sebanyak beri kesan kepada rumahtangga saya. Mungkin saya akan ambil tindakan lanjut selepas ini”
Ayu Raudhah juga tidak menolak kemungkinan ada orang yang cuba melaga-lagakan hubungan dan rumahtangga mereka berdua.
Semoga pasangan ini tabah menghadapi dugaan. [sumber:OhBulan]
Zaquan Adha Bermain Cinta Dengan Penyokong JDT Di WeChat?
Seorang peminat mengirimkan sepucuk e-mail kepada kami hujung minggu lalu mendedahkan perilaku seorang pemain bola sepak terkenal yang juga merupakan suami kepada seorang artis atau selebriti yang agak terkenal juga.
Melalui susur masa Moments di WeChat, seorang gadis yang tidak dikenali namanya telah tanpa segan silu memuat naik beberapa keping screenshot yang menunjukkan dirinya sedang bersembang dengan Zaquan Adha.
Menurut sumber yang memaklumkan, gadis tersebut merupakan salah seorang gadis sorak atau penyeri (mascot? cheerleader?) untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT).
Tidak pasti sejauh mana hubungan gadis ini dengan Zaquan Adha namun boleh dilihat walaupun sudah bergelar suami, lelaki tetap menjadi lelaki. Heh. | Roti Kaya
(6 Gambar)Jue Aziz kecewa anaknya digelar anak luar nikah
Mungkin ini sebabnya jika merahsiakan perkahwinan buat Jue Aziz dan suami, Bayu Daniels. Pelbagai tohmahan dilemparkan dan Jue kecewa apabila anak mereka digelar anak luar nikah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Gosip timbul apabila mereka dikatakan berkahwin secara rahsia di seberang kononnya mahu menutup ‘kewujudan’ anak luar nikah. Jahat betul mulut orang kita ye. Ketika ditemubual Melodi tempoh hari, dalam keadaan sebak Jue memberitahu anak lelaki bernama Darwish itu adalah anak angkatnya yang sudah kematian ibu kandung.
Ha siapa yang buat cerita tu, nak tunggu kiamat baru nak minta maaf ke? Gambar penuh selepas ini.
Thursday, June 5, 2014
Sunday, June 1, 2014
Monday, April 21, 2014
Sunday, March 23, 2014
Gambar Mesra Nelydia Senrose & Kekasih Di Bali
Pelakon cantik, Nelydia Senrose bersama beberapa orang rakannya yang lain telah bercuti ke Bali, Indonesia beberapa hari yang lalu.
Nelydia turut berkongsi beberapa keping gambar percutian mereka itu di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat dan pengikutnya.
Pastinya, gambar mesra Nelydia Senrose bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Mohd Afiq Hazman paling menarik perhatian peminat sehingga ramai yang bertanya siapakah gerangan jejaka kacak itu.
Ada yang beranggapan lelaki itu mungkin sepupu atau abangnya kerana raut wajah mereka yang hampir sama namun tidak kurang juga yang menganggap jejak terbabit mungkin kekasih barunya. Macam-macam andaian.
Apapun, percutian mereka ke Bali pasti menyeronokkan. Selain dapat melepaskan tekanana akibat kerja, Nelydia dan rakan-rakan juga dapat membeli pelbagai jenis barangan berjenama yang dijual di sana pada harga yang jauh lebih murah.
Depan Mata: Kena ‘balun’
![]() |
| BOB (tengah) bersama pelakon filem Balun. |
Tindakan produser menarik tayangan filemnya selepas diberi tarikh tayangan oleh Syarat Wajib Tayang (SWT) bukan perkara baru.
Alasan diberi, kesuntukan waktu untuk menjalankan promosi atau bimbang saingan daripada filem blockbuster luar yang ditayangkan serentak dengan filemnya.Bagaimanapun, alasan pinjaman bank tidak diluluskan memang mengejutkan.
Namun, itu yang berlaku kepada filem Balun yang ditetapkan untuk tayangan pada 10 April ini tapi produser yang juga pengarahnya, Bob Singah menarik diri kerana masalah kewangan untuk promosi.
Penggambaran filem terbitan Elements Pictures Sdn Bhd ini dilakukan awal September 2012 dan selesai sebulan kemudian di lokasi sekitar Kamunting, Taiping, Perak dengan kerjasama kerajaan Perak.
Ia membariskan pelakon popular Izara Aishah, Beto Kusyairy, Datuk Eizlan Yusof, Wan Raja dan Reen Rahim.
Sepatutnya filem ini diedarkan Grand Brilliance (GB) tetapi promosinya tidak dapat diteruskan apabila produsernya gagal mendapatkan pinjaman bank untuk membiayai kos promosi.
Ini juga bukan masalah baru membabitkan produser baru.
Kerajaan melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) memberi bantuan kepada produser baru menghasilkan filem dengan memberi pinjaman melalui Dana Filem Kreatif.
Biasanya, produser mendapat pinjaman melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) sekitar RM1 juta hingga RM1.5 juta untuk menghasilkan satu filem.
Ada juga produser keluar duit sendiri sampai sanggup bergadai harta dan apabila filem siap, segala wang yang ada sudah habis, menyebabkan mereka perlu meminjam untuk kos promosi.
Namun, rasanya senario pertama yang berlaku dengan mendapatkan pinjaman bank.
Jika melalui pinjaman, jumlah itu akan dibahagikan untuk kos pre-produksi, produksi dan post produksi (suntingan, memasukkan suara dan muzik) serta promosi sebelum ditayangkan.
BSN tidak memberi jumlah pinjaman sekali gus, tetapi mengikut progres sebagaimana dikemukakan melalui kertas cadangan ketika permohonan.
Jadi, pandai-pandailah bahagikan untuk empat elemen penting itu.
Namun apabila terjadi filem siap tetapi peruntukan untuk promosi tiada, apakah mungkin bank mahu beri pinjaman lagi? Ini yang selalu berlaku kepada produser baru.
Apa dibimbangi ialah dapat pinjaman tetapi dibelanjakan untuk kepentingan peribadi hingga terpakai peruntukan untuk promosi.
Ada pula dapat pinjaman RM1 juta tetapi buat filem yang tidak setaraf dengan nilainya (curi bajet) dan masuk poket sendiri.
Itu memang selalu berlaku, menyebabkan bantuan diberi bukan menaikkan industri filem tanah air tetapi memburukkan lagi keadaan dengan lambakan filem yang tidak berkualiti dan kebanjiran produser baru yang tiada pengalaman buat filem.
Apabila filem tidak laku, bagaimana hendak bayar semula pinjaman dan akhirnya menyebabkan wang dana habis kerana hanya keluar, tetapi tiada yang masuk (bayar semula).
Bukan menuduh ia dilakukan produser filem Balun tetapi sekadar memberi contoh.
Tak pasal-pasal kena balun, sesuai dengan judul filem ini.
Apabila filem ini tarik diri, kena tunggu sekurang-kurangnya tiga bulan lagi untuk membuat permohonan tarikh baru tayangannya.
Jika pinjaman bank tidak dapat, cara lain yang produser ada ialah berbincang dengan pengedar untuk membiayai kos promosi dan dibayar semula hasil kutipan filem.
Namun dengan kutipan filem yang sukar dijangka sekarang, adakah pengedar mahu tanggung risiko mengeluarkan wang pendahuluan? Kalau tidak, alamatnya filem yang sudah siap akan terbiar.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PING
.









