Monday, June 9, 2014
HOT ! Ayu Raudhah Tampil Beri Komen Kes Zaquan Adha
Ayu Raudhah kini tampil memberikan komen dan penjelasan sebenar disebalik kontroversi WeChat suaminya. (BACA DISINI )
Memang jawapan Ayu amat dinantikan tentang kontroversi yang sedang melanda suaminya, Zaquan Adha ketika ini.
Hari ini, Ayu Raudhah tampil memberikan penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik insiden WeChat suaminya itu.
Ini jawapan Ayu Raudhah:
“Sebenarnya saya dah terima foto screenshot itu semalam daripada wanita bernama Miranda Kerr. Dia kata kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya”
“So, dia rasa bertanggungjawab nak bagitahu saya.Tapi saya terkejut bila hari ini semua media pula tahu hal ini. Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah, Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dan saya pun tahu akaun WeChat Zaquan”
“Saya pun tak tahulah siapa yang buat semua ini. Tetapi, yang pasti perkara ini sedikit sebanyak beri kesan kepada rumahtangga saya. Mungkin saya akan ambil tindakan lanjut selepas ini”
Ayu Raudhah juga tidak menolak kemungkinan ada orang yang cuba melaga-lagakan hubungan dan rumahtangga mereka berdua.
Semoga pasangan ini tabah menghadapi dugaan. [sumber:OhBulan]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PING
.
No comments:
Post a Comment