Monday, April 27, 2015

Abang selimut’ cuba selamat gadis yang mahu bunuh diri !



Beifang: Puluhan pelajar lelaki sebuah universiti di wilayah autonomi Ningxia Hui di barat laut China membentuk jaring keselamatan dengan menggunakan selimut untuk menyelamatkan seorang pelajar perempuan yang cuba membunuh diri.

Menurut laporan, pelajar perempuan berkenaan itu dilihat bersiap sedia untuk terjun dari bumbung bangunan di Universiti Beifang.

Seorang pelajar, Zhang Ming berkata, sebaik mengetahui mengenai perkara itu, pelajar lelaki mengalihkan basikal yang diletak dibawah bangunan berkenaan dan dengan pantas merentangkan 20 selimut.

Mereka berdiri di situ dengan harapan dapat menyelamatkan pelajar perempuan itu jika ia terjun.

Bagaimanapun, seorang guru dengan bantuan bomba yang tiba di tempat kejadian berjaya mengheret pelajar terbabit dari bumbung bangunan.

Pelajar itu dikatakan baru memasuki universiti berkenaan dan tertekan kerana putus cinta.

Pengguna laman sosial China memuji tindakan pantas pelajar lelaki berkenaan dan menggelar mereka ‘abang selimut.’

http://www.hmetro.com.my/node/46584

Pedang yang PALING TAJAM Di Dunia... Anda Pasti Akan MERASA BANGGA Apabila Mengetahui Pemiliknya.

Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat adalah pedang yang dimiliki oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, pembuka Kota Palestine. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.








Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur





Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.





Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.


Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.





Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod "Damascus" yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.


Apa itu CNT?





CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.


Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.


Teknologi NANO.





Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam dalam perang salib kurun ke-12
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi mudah lentur.





Teknologi NANO ini menggunakan besi baja "Damascus" yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.





Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.





Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau yang kini tersebar di pelbagai Museum di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.

Sunday, April 26, 2015

TIPS ...Cara Mengetahui Handphone Original Atau Tidak.

Kes penipuan barangan elektronik sekarang nih semakin menjadi-jadi sehinggakan iPhone pon boleh di ciplak oleh China. Di sini, aku nak kongsikan pade korang tips macam mane nak check atau tentukan sama ada handphone korang tu original ataupun cap ayam. Check it out :




Okay ikut langkah langkah seperti di bawah nih :

1. Taip *#06#

2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)

3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473

4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******

5. Untuk semak sama ada phone korang ori atau tidak, check kod di bawah.


•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY

•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY

•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD

•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY

•13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Pengakuan berani mati !!! Nur Fathia dedah punca sebenar putus cinta




Sebelum ini, hubungan cinta antara Nur Fathia dan juga Aiman Hakim pernah terputus di tengah jalan dan melalui Harian Metro hari ini, Fathia mengakui sikap cepat merajuknya antara punca hubungan mereka terhenti sementara.

“Memang kami pernah putus Februari lalu, tetapi akhirnya hubungan itu bertaut semula baru-baru ini. Maklumlah, saya ini memang jenis kuat merajuk dan kalau bergaduh tu mesti minta dipujuk. Mungkin dulu kami sama-sama sibuk dengan karier seni dan jarang berjumpa”

“Tetapi sekarang kami berusaha meluangkan lebih banyak masa bersama serta hubungan juga semakin baik,” katanya yang turut berharap agar hubungan cinta mereka itu mampu membawa kepada langkah seterusnya iaitu perkahwinan.

Sementara itu, Fathia menjelaskan hubungan mereka diresuti kedua ibu bapa namun tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkahwinan kerana sebagai seorang wanita Melayu yang kaya dan adat budaya Timur, tidak manis bagi pihaknya bercerita lebih. Okay.

“Apa pun, soal jodoh ini ketentuan Tuhan. Insya-Allah saya tidak akan merahsiakan hari bersejarah kami daripada media dan peminat, apabila tiba masanya,” jelas Fathia - Rotikaya.

Sunday, June 22, 2014

bayi dibuang ke dalam Lubang Tandas KFC Taiping

Sekujur tubuh bayi yang dibuang ke dalam Lubang Tandas KFC Taiping sebentar Tadi.


Friday, June 20, 2014

KEKASIH BERTATO MASUK ISLAM - TASHA SHILLA NIKAH 2015

Kekasih bertato Tasha Shilla, 27, iaitu Han Chen Wong, 24, yang aktif dalam sukan Muay Thai sudah bersedia memeluk Islam. Hal ini diluahkan sendiri oleh Tasha dan mereka merancang untuk bernikah pada 2015. 

"Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memiliki saya, tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat. 

 



"Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga," ujar Tasha yang baharu sahaja pulang dari Sydney, Australia beberapa hari lalu. 

"Selama ini dia tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum kami berkenalan lagi. 

 

"Saya bersyukur kerana keluarganya benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam," ujarnya dipetik sebagai berkata. 

"Dia (Han) juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar kami berdua hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam. 

"Sebagai anak sulung daripada tiga beradik, dia akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila kami berkahwin nanti," tambahnya yang turut menyatakan bahawa keluarganya sudah bertemu dengan Han dan merestui hubungan berkenaan.  MYARTIS

Wednesday, June 18, 2014

GEMPAR! Foto Aksi Romantik Bade dan Aida Abdul, Madu Erma Fatima Tersebar

Barang yang lepas hai jangan dikenang. Pasangan Bade dan Aida Abdul, madu Erma Fatima kelihatan semakin hangat menikmati kebahagian mereka sekarang ini selepas sah bergelar suami isteri beberapa yang lalu.


Daripada dua keping gambar yang dimuatnaik oleh Aida sendiri di laman Instagram miliknya, aksi mereka beromantik bersama amat terserlah dan pasti menimbulkan perasaan cemburu buat pasangan lain. Benarkah?

Jom kita lihat gambar aksi romantik Bade dan Aida Abdul di bawah ini:


Thursday, June 12, 2014

Luahan Rasa Ayu Raudhah :(

Menyedari rumah tangganya menjadi perhatian masyarakat berikutan khabar angin suaminya yang dikatakan berlaku curang, Ayu Raudhah menerusi akaun Instagramnya tampil meluahkan isi hati sekali gus teguh berdiri di belakang suami tercinta.
"Alhamdulillah i sentiasa bersyukur bersuamikan Mohamad Zaquan Adha.. no matter wut people said! i percaya apa Allah berikan adalah yg terbaik utk kita sama ada dugaan atau nikmat kebahagian.. dn semoga allah memberi kita kekuat menghadapi segala dugaanNya dan bersyukur dgn segala nikmat ke bahagiaan yg Allah s.w.t berikan.Amin ya robbala'lamin."

Dalam pada itu, rata-rata pengikut Ayu memberikan kata-kata semangat dan mengharapkan agar pasangan ini dapat berdepan ujian yang berlaku dengan tabah.

Wednesday, June 11, 2014

Bekas Suami Abby Abadi: Saya Didera Secara Fizikal, Mental

Nampaknya kisah rumahtangga Abby Abadi & Noor Fahran semakin dramatik selepas pihak lelaki hari ini tampil mendedahkan yang beliau sering menjadi mangsa keganasan domestik atau deraan Abby Abadi secara mental dan juga fizikal.

Menerusi laporan mStar Online hari ini, Noor Farhan mendedahkan Abby Abadi buat pertama kali mencederakan dirinya sekitar Januari tahun ini apabila mengetahui (ketika itu) suaminya ada memberitahu rakan yang mereka sudah tiada hubungan.

Abby Abadi khabarnya sekali lagi bertindak agresif mencakar muka & lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.

“Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini,“ ujar Noor Farhan yang ditemui.

Sering Bergaduh Kerana Tiada Wang, Beri Tekanan

Noor Farhan juga mendedahkan yang mereka sering bertengkar ketika Abby tidak mempunyai wang & ekoran itu juga sering memberikan tekanan kepada lelaki itu sehingga beliau mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah.

“Setiap kali tidak mempunyai wang dia akan menyerang & mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya”


“Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan,” tambahnya lagi.


“Cukuplah… Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya,“ jelasnya.

Gambar aset Nora Danish yang semakin besar undang tanda tanya

Gambar aset Nora Danish yang semakin besar undang tanda tanya - Ramai peminat pasti terkejut dengan perubahan mendadak saiz buah dada Nora Danish yang semakin membesar sejak akhir-akhir ini berbanding sebelumnya.

Apa agaknya rahsia Nora Danish? Adakah beliau turut mengambil produk zofea beauty secret seperti pelakon jelita, Tasha Shilla untuk mendapatkan tumbesaran payudara yang lebih cepat dan mendadak?

Kalau andaian penulis ini benar maka pasti ramai wanita di luar sana yang memiliki saiz buah dada kecil atau kurang menarik akan berlumba-lumba untuk mencuba produk tersebut - cksku



Tuesday, June 10, 2014

Sticker Larangan Onani Ini jawapan dari UITM.





Yang kelakar tue, bila wartawan cuma mempropagandakan pertanyaan dia kepada wakil UITM adakah kegiatan onani dibenarkan? Wakil UITM menjawab larangan itu adalah palsu.

Hahaha.. lawak juga cara penyampaian wartawan The Malay Mail. Padahal UITM cuma nak memberitahu bahawa sticker tue bukan datang dari pihak dorang. Bukan arahan dari pentadbiran Universiti la senang cakap.

Seterusnya, tak pula depa seru pelajar untuk beronani. Jangan salah faham.

Baca ;


An official from Universiti Teknologi Mara’s (UiTM) Kolej Perindu denied today that administrators have banned students from masturbating in their hostels, despite photos of a sticker warning currently making its rounds online.
A representative from the residential college’s Student and Alumni Affairs Department told The Malay Mail Online that the sticker was a mere “hoax”, likely started by the students.“We have never produced anything to that effect,” said the official who wished to remain anonymous.When asked if this means that the students are allowed to masturbate, she replied: “The ban is false.”She added that the college became aware of the stickers when an official in charge of student registration discovered them some time ago.“We have reported it to the auxiliary police,” she said.The white warning sticker bearing the name of Kolej Perindu has been circulated online, mostly in social media.“Dilarang melakukan kerosakan, dilarang merokok, dilarang beronani. Awas! Anda sedang diperhatikan,” said the sticker.[Translation: “Vandalism is prohibited, smoking is prohibited, masturbation is prohibited. Beware! You are being watched.”]The college official explained that only the first two prohibitions are enforced on the students, and they apply to the entire university.She said the stickers the college produces is one to track the number of electrical appliances used by residents.Masturbation is considered forbidden by most Islamic scholars, but some view it permissible when it can prevent adultery or sex out of wedlock. -TMM-

Miss Universe Thailand wow !


5 Gambar Lady Gaga tanpa make-up






Monday, June 9, 2014

Gelongsor air tertinggi di dunia ,Tengok pun dah gerun, apatah lagi nak naik.


Tengok pun dah gerun, apatah lagi nak naik. Ni merupakan gelongsor air tertinggi di dunia yg terletak di Beach Park Fortaleza, Brazil. Korang berani naik benda ni dak?






HOT ! Ayu Raudhah Tampil Beri Komen Kes Zaquan Adha



Ayu Raudhah kini tampil memberikan komen dan penjelasan sebenar disebalik kontroversi WeChat suaminya. (BACA DISINI )

Memang jawapan Ayu amat dinantikan tentang kontroversi yang sedang melanda suaminya, Zaquan Adha ketika ini.

Hari ini, Ayu Raudhah tampil memberikan penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik insiden WeChat suaminya itu.

Ini jawapan Ayu Raudhah:
“Sebenarnya saya dah terima foto screenshot itu semalam daripada wanita bernama Miranda Kerr. Dia kata kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya”

“So, dia rasa bertanggungjawab nak bagitahu saya.Tapi saya terkejut bila hari ini semua media pula tahu hal ini. Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah, Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dan saya pun tahu akaun WeChat Zaquan”

“Saya pun tak tahulah siapa yang buat semua ini. Tetapi, yang pasti perkara ini sedikit sebanyak beri kesan kepada rumahtangga saya. Mungkin saya akan ambil tindakan lanjut selepas ini”

Ayu Raudhah juga tidak menolak kemungkinan ada orang yang cuba melaga-lagakan hubungan dan rumahtangga mereka berdua.


Semoga pasangan ini tabah menghadapi dugaan. [sumber:OhBulan]

Zaquan Adha Bermain Cinta Dengan Penyokong JDT Di WeChat?




Teknologi kalau digunakan dengan betul banyak faedahnya — contohnya laman web kami yang serba canggih ini, menjadi penyebar kisah selebriti untuk umpatan anda semua. AHAHAHA!


Seorang peminat mengirimkan sepucuk e-mail kepada kami hujung minggu lalu mendedahkan perilaku seorang pemain bola sepak terkenal yang juga merupakan suami kepada seorang artis atau selebriti yang agak terkenal juga.


Melalui susur masa Moments di WeChat, seorang gadis yang tidak dikenali namanya telah tanpa segan silu memuat naik beberapa keping screenshot yang menunjukkan dirinya sedang bersembang dengan Zaquan Adha.


Menurut sumber yang memaklumkan, gadis tersebut merupakan salah seorang gadis sorak atau penyeri (mascot? cheerleader?) untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT).


Tidak pasti sejauh mana hubungan gadis ini dengan Zaquan Adha namun boleh dilihat walaupun sudah bergelar suami, lelaki tetap menjadi lelaki. Heh. | 
 Roti Kaya

PING

.