Sunday, March 23, 2014

Pesawat MAS Dilanggar Sekawan Burung !


gh







Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengesahkan penerbangan MH114nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan burung semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.

Pengurus Perhubungan Media MAS Khairunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan berkata sebaik sahaja mendarat pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas.

Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan.

"Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti," katanya.

Pesawat itu dilaporkan membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat.-Bernama

No comments:

Post a Comment

PING

.